//super awesome !
sweet owner

Old entries was deleted :)



Diaries Owner

hai awak ! welcome to super awesome. :D


Bigfoots!



awak hebat!

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: ilakiera
Others: โ™ฅ โ™ฅ โ™ฅ


I ๐Ÿ’— COMPUTER SCIENCE

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงูŽู„ู„ู‘ู‡ู ุงู„ุฑู‘ุญู’ู…ู† ุงู„ุฑู‘ุญูŠู…


ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Semalam aku ade survey pasal course y aku pilih untuk pursue study degree nanti then terjumpa lah satu blog brother ni ๐Ÿ‘ฆduk cerita jalan hidup dia as a student computer science semasa sem 1, aku tertarik jugak then baca sampai habis dan seingat aku sebelum aku masuk uitm aku dah pernah baca blog dia ni tapi semalam aku jumpa dan baca balik then aku jumpa ni  ๐Ÿ‘‡


aku ni adalah graduan diploma sains komputer dan sekarang duk tunggu penerapan ke degree. so entry kali ni nak bagi pendapat sendiri atas pengalaman belajar selama 2 tahun setengah berlainan sikit je dari pendapat brother ni.

Ciri-ciri yang perlu ada ambik kos ni :

semua ciri y dia list down tu aku sokong sangat kecuali no 2

1. Pandai matematik - ni betul. kenapa? sebab dari part1 - part5 kau akan hadap subject y berkaitan dengan math contoh:-

Sem 1 Pre Calculus
Sem 2 Calculus
Sem 3 Discrete Math
Sem 4 Statistic
Sem 5 Linear Algebra

seboleh-bolehnya kena mahir math n addmath sebab mostly batch aku ramai y pandai2 tapi tersangkut dengan subject math ni. sampai dah sem 4 pon still lagi pre calculus tak lepas bila dah banyak kali repeat dan akhirnya dismiss. rugi kan? math penting. 

2. kena ada asas pasal komputer? - tak semestinya nak kena ada basic baru boleh ambik kos ni..No No No! ramai je student kos ni takde basic boleh je adapt tapi ramai jugak kecundang dan bangkit kembali.. haha ceewah . aku sekolah dulu aliran perakaunan takde basic langsung pon. Masuk u dulu aku dengan otak kosong tak tahu ape2 pasal sains komputer ni dan paling teruk aku fikir kos ni adalah macam repair komputer, bukak perkakas dalaman komputer tu semua hahahaha. serious aku fikir macam tu dulu..last2 belajar programming coding bagai. Jangan risau kalau takde basic, fikir macam ni je takde basic takpe, kita kan nak belajar benda baru..nanti setiap sem pon belajar subject baru jugak, macam2 language yang kau tak pernah jumpa pon kau akan belajar.. okay ? ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ˜€

3. Seorang y tekun - yes ini betul.. kalau kau jenis malas, kau tak tahu nak buat dengan sendiri lagi2 lah melibatkan coding. ingat part1 lah kau kena hadam betul2 sebab nanti dah masuk sem seterusnya kau akan guna balik ape y kau belajar mase sem 1.. nak buat function macam mane? looping mcam mana? part1 kau akan belajar basic je dulu.. warm up lah orang kata haaaa gitceeeww. kawan aku dia ambik mudah je mase part1 sampai lah nak hujung sem pon dia cakap dia still x faham dah lah pressure dengan lecture selalu sindir sebab repeat, dapat group member pon sama tak faham jugak. So kena tekun.

4. Kena asingkan diri? - ini pon betul jugak sebenarnya tapi sebelum nak asingkan diri kau kena fahamkan dulu..Macam mana nak asingkan diri kalau tak faham? hahaha ๐Ÿ˜‚ Kalau tak faham masa dalam kelas, pergilah belajar dengan member. aku sarankan jangan belajar ramai2 sebab akan ada setengah tu duk bual2 kosong, setengah tu main phone. last2 tak jadi belajar. silap2 y nak mengajar tu pon fed up. Bila dah faham, pergilah tempat2 yang sunyi sikit atau pon suruh member jangan bising. baru lah kerja kau jalan dan kau akan lebih faham buat sendiri tanpa perlu copy menCopy kerja orang ๐Ÿ˜‰

5. Sabar - dah semestinya.. alah kau dapatlah kos mana sekali pon sabar tu mesti ada. ๐Ÿ˜Š

6. Suka cabaran - "bukan calang-calang orang boleh buat" ya betullllll.. bukan calang2 orang boleh buat. maksud aku bukan semua orang boleh buat dengan perfect. percayalah bila system/ project kau keluar output yang betul kau akan rasa sungguh bahagia. aku gerenti mesti bangga dengan diri sendiri tapi syaratnya buat dari hasil sendirilah bukan dari orang lain..buat ape bangga tengok output betul tapi orang lain yang buat..hahahha

7. Student CS skema? Nerd? - ahahahha memang ramai orang kata macam tu..student cs ni skema. geram betul aku orang2 cakap macam tu. ade je student cs lawa2 hensem2 yang pegang jawatan2 tinggi d u pon ade..jangan mainnnn..

8 dan 9 tu pon betul.. 

aku tambah sikit lagi point.. 

10. jangan gaduh dengan lecturer - maksud aku jangan tipu lecturer, kalau dah kantoi, lecturer2 akan mula bercakap sama2 dorang. ingat, lecturer pon manusia. bila dah jadi macam tu, lecturer pon dah cop dah perangai kita ni..prestasi pon mula teruk. Bila dia bagi due date to submit assigment, jangan lewat submit. 

11. bagi commitment - please lah kalau group assignment or project, please bagi tenaga, usaha dan kerjasama dekat member tak perlu nak kena tunggu leader bagi tugas ketuk pintu "tok tok tok assalamualaikum jom buat project sama2" haa jangan please. sama2 buat, sama2 dapat carrymark. bukan sorang buat, yang lain bagi no matrik.. jangann.. 


itu je lah point2 untuk entry kali ni.. 

Quote of the day is TRY TO SEE THE GOOD IN EVERY SITUATION

Bye assalamualaikum ๐Ÿ˜˜