//super awesome !
sweet owner

Old entries was deleted :)



Diaries Owner

hai awak ! welcome to super awesome. :D


Bigfoots!



awak hebat!

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: ilakiera
Others:   


Welcom To Degree Life

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dah seminggu aku duk di negeri orang dan ni ialah first time aku belajar di tempat orang..selama ni pon aku study dalam kelantan je, bila datang tempat orang ni aku rasa challenges lebih sikit dari segi duit, new environment and so on lah, lagi-lagi lah dekat Shah Alam..besar nauu Uitm Shah Alam..😁 

So untuk degree ni aku dapat course first choice, Sarjana Muda Teknologi Maklumat Kejuruteraan Sistem Pintar *hahah panjang gile nak sebut kalau nak senang lagi, sebut je AI.. ape AI? AI ni Artificial Intelligence.. kalau orang nak tanya banyak lagi pasal kos ni, sorry! aku kurang tahu sebab aku baru je 1st week dan paling malang sekali, aku fikir kos ni full of programming sebab aku minat coding, yee tersangat lah minat..tapi president AIS(Artifial Intelligence Society) cakap kos ni ialah kos yang paling kurang coding.. yaAllah berkecai hati aku ni! berkecai!😧😧😧😧😧😧


Hmm setakat ni aku ade problem dari segi registration 3rd language, aku nak ambik mandarin tapi penuh, dah lah tersalah register fact lain, last2 aku ambik itali jugak..Pasrah je lah😭😭😭😭😭 kawan baru takde lagi, hari2 aku pergi kelas dengan geng2 machang je, aliaazri, aliya hasanah n afi..hahah bukan berpuak actually tapi nak pergi ke kelas sekali, takkan nak tinggal kawan kan.. 😁😁😁😁


Semangat baru untuk belajar ni entah lah kenapa tak datang2 lagi, dah lah semua tarikh penting aku macam x ambik peduli mungkin sebab aku terasa yang aku dah tersalah ambik kos degree ni kot. YaRabbi, mula lah fikir nak cari kerja je lah taknak pursue study lah..dah lah pinjaman ptptn melambung..macam2 aku fikir sekarang ni.. duk kolej ni sekarang ni aku duk sorang2, tido sorang2..semua roomate aku balik, hasanah balik sebab rumah dia dekat je, alia dengan thira balik rumah kakak dia..untung ada saudara mara kat sini..while me?? ehhh sebenarnya aku takpe je duk sorang, aku jenis tak teruk homesick.. serious setakat ni aku tak homesick lagi, ade member2 aku balik kelantan lagi naik flight hujung minggu..rasa macam serba salah balik hari ni esok lusa datang balik shah alam.. 😕😕😕😕

Alhamdulillah jugaklah sebab rapat dengan aliaazri kat sini rasa macam tenang je, macam dunia belajar aku mati mase diploma dulu , hidup kembali..sebab mase diploma dulu banyak kerja aku buat sorang2, last sem pon sorang.. ape orang kate? Reinkarnation? haa betul lah kan😂😂😂😂😂😂


tu je lah kot entry kali ni 😊😊😊, apa2 pon harap aku masih boleh bertahan lagi duk kat sini dan harap impian aku untuk sem baru degree dapat dean list and inshaAllah aku dapat ANC . tu impian aku sejak aku diploma lagi sebenarnya tapi diploma takde rezeki nk ANC, grad on time n tamat dengan anugerah dekan pon aku dah bersyukur sangat dah.. harap jugak hati aku ni tak lara fikir orang yang dah lupakan aku hmm rindu betul kat kau Dil..rindu sangat. aku rindu orang yang bagi semangat kat aku bila setiap kali aku down..rindu kau y singa dengan orang lain tapi dengan aku kau kucing..hahaha kali ni takde sape nak kuatkan semangat aku kecuali umi.. hmmm cukup lah silap aku hari tu betul2 ajar aku untuk fikir dulu hati orang sebelum buat sesuatu bukan hanya tahu nak puaskan hati kite..okay okay dah stop! wake up ila! perjalanan baru bermula takkan dah nak jatuh tersungkur kot kan? masalah hati ni kita boleh perbaiki dan ubat sendiri inshaAllah 😉😉😉

Bye Assalamualaikum 🙋🙋🙋

Quote of the day - i believe that something good will happen, if not today maybe tomorrow. All of things are temporary, enjoy while it last. You sad ,later you'll happy.. you failed, later you'll succeed. you life, later you'll dead.. now you at up, tomorrow you at down who know all this things will be happen to us, right?.. Just praying u have good day everyday 😗😗